SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT MUAR

VLE Frog



Frog OS

null


Frog VLE @ merupakan suatu sistem pembelajaran maya berasaskan web(web-based virtual learning system) bagi seluruh warga sekolah, khususnya kepada para pelajar, ibu bapa / penjaga dan guru (pendidik). VLE sendiri membawa maksud persekitaran pembelajaran maya (virtual learning environment @ VLE). Jika anda biasa dengan paparan blog (seperti Blogger, WordPress dll) atau laman web / portal CMS (seperti Drupal, Joomla, Moodle dll), sudah tentunya anda tidak berasa kekok dengan antaramuka portal Frog VLE ini. Projek Frog VLE ini dipilih memandangkan ia mudah diakses, diuruskan, mesra pengguna (user friendly) dan sesuai untuk semua peringkat umur. Tambahan pula, Frog Vle pernah memenangi beberapa pingat (award) di peringkat antarabangsa.Pendek kata, portal Frog VLE ini berfungsi sebagai pusat setempat atau medan / platform komuniti pembelajaran bagi kumpulan sasaran, iaitu para pelajar, ibu bapa / penjaga maupun guru (pendidik).








Frog VLE ini boleh diakses dalam kawasan sekitar sekolah atau luar sekolah (di mana-mana tempat). Disekolah, kandungan internet akan ditapis bagi memastikan persekitaran maya yang diakses adalah selamat dan berunsurkan positif. Blog atau laman web / portal yang berunsur negatif, provokasi, lucah dan sebagainya akan disekat (block) daripada diakses. Memandangkan Frog VLE juga mengguna pakai teknologi awan (cloud), maka ia boleh diakses di mana jua anda berada. data yang disimpan juga mudah diakses di mana jua berada dan boleh diakses pada bila-bila masa tanpa batasan waktu. Pengguna bebas mengakses dan mendaftar masuk(login ID) portal Frog VLE secara percuma menerusi rangkaian Yes atau 'hotspot' Yes. 



No comments:

Post a Comment

Translate