SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT MUAR

Latar Belakang

SEJARAH RINGKAS SEKOLAH


Sejarah sekolah-sekolah Convent di Malaysia bermula apabila, Father Nichols Baree, pengasas Institution of Holy Infant Sotteville, Perancis, berpegang kepada wawasan beliau untuk memberi pelajaran kepada kanak-kanak dan rahib-rahib yang berada di Malaya dengan menubuhkan Convent di Malaya. Malacca Convent telah dibuka pada tahun 1959. Sejarah Sekolah Kebangsaan Convent Muar, adalah cawangan Convent di Melaka. Sekolah-sekolah yang didirikan oleh The Holly Infant Jesus diseluruh dunia menggunakana nama Convent. 



Sebelum tahun 1933, Ibu bapa di Muar yang hendakkan anak mereka belajar dalam aliran Inggeris terpaksa menghantar anak mereka ke Infant Jesus Malacca. Menyedari kesulitan yang dihadapi oleh ibu bapa, Rev. Mother John bersama-sama Rev. Mother Martha dan Rev. Mother Therese Thedore membuka cawangan Holly Infant Jesus Convent Muar pada Januari 1933. Bangunan sekolah ini disewa dan terletak di Jalan Ali, Muar. 



Sekolah ini bermula dengan seramai 50 orang pelajar, Rev. Mother Martha dilantik sebagai Guru Besar dan Rev. Mother Threse sebagai Penolong Guru Besar. Oleh kerana pertambahan pelajar, sekolah ini berpindah ke bangunan besar dan selesa terletak di 6, Jalan Abd Rahman pada 8 Jun 1933. Walau bagaimanapun, ia terpaksa ditutup kerana penjajahan Jepun. Sekolah hanya dibuka selepas perang tamat pada tahun 1946. Akhirnya tapak sekolah berpindah ke suatu tempat seluas 3 ekar, 2 rods, dan 37 pols di 100, Jalan Daud, Muar sehinggalah sekarang. Sekolah ini dirasmikan pada 4 November 1949 oleh Encik Holgate iaitu Pegawai Pendidikan Johor ketika itu.






SENARAI GURU BESAR SK CONVENT HINGGA KINI

BIL
NAMA
TAHUN
1.
Rev. Mother John The Baptist
1933 - 1949
2.
Rev. Mother Martha
1933 - 1949
3.
Sister Therese Theadore
1933 - 1949
4.
Rev. Mother Margaret Mary
1950 - 1962
5.
Rev. Mother Paul
1963
6.    
Sister Agnes
1963 – 1965
7.
Mrs. Cora Danker
1965 – 1974
8.
Mrs. S.J Hussien
1975 - 1981
9.
Sister Alice Lee
1982 - 1987
10.
Cik Lily Tan
1982 - 1989
11.
Pn. Badariah bt. Hj. Ismail
1989 - 1990
12.
Cik Safiah bt. A. Rahman
1990 - 1992
13.
Pn. Hjh. Suratmi bt. Hj. Ahmad
1992 - 1994
14.
Cik Safiah bt. Abd. Rahman
1994 - 1999
15.
Pn. Hjh. Fadzilah bt. Hj. Mohamad Yassin
1999 – 2009            
16.
Pn. Rohana bt. Selamat
2009 - 2014
17.
Pn. Safiah bt. Selamat
2014 - 2018
18.
Pn. Wahida bt. Rosdi @ Mohamed Deros
2018 - Kini

2 comments:

Translate