SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT MUAR

Profile Sekolah


VISI SEKOLAH
“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera“

MISI SEKOLAH 
“Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara“



MATLAMAT
  1. Membina perkembangan murid-murid secara menyeluruh dari segi jasmani , rohani, intelek dan emosi dengan menyemai, menanam, memupuk nilai-nilai akhlak yang mulia di samping menyampaikan ilmu pengetahuan
  2. Menyediakan murid-murid dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk mencapai kejayaan yang terbaik sekali yang terupaya oleh mereka berdasarkan kepada kebolehan masing-masing.
  3. Melatih semua murid supaya berdikari, bertanggungjawab dan boleh bergaul serta bekerja cergas dengan orang lain. Melahirkan modal insan yang cemerlang secara holistik.



OBJEKTIF

Objektif merupakan ukuran kejayaan sesuatu matlamat dan seterusnya menunjukkan sama ada visi dan misi tercapai. Objektif juga merupakan hasil yang ingin dicapai oleh sesebuah organisasi yang dinyatakan secara khusus. Objektif Sekolah Kebangsaan Convent, Muar ialah;

  1. Memupuk dan meningkatkan disiplin semangat kekitaan dan keluarga serta semangat  cintakan negara dalam kalangan murid yang berbilang kaum.
  2. Memupuk staf yang kreatif, berdedikasi dan peka kepada perubahan untuk meningkatkan profesionalisme.
  3. Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang kondusif dan peka kepada perubahan untuk meningkatkan taraf profesionalisme.
  4. Menggalakkan penglibatan dan kerjasama serta menerapkan hubungan di antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat setempat.



MOTTO SEKOLAH

Motto Sekolah Kebangsaan Convent Muar, ialah “Menyertai Menjuarai”. Setiap warga sekolah digalakkan menyertai setiap pertandingan dan meletakkan azam kesungguhan untuk berjaya dalam penyertaan.  Semangat yang disuntik dapat melahirkan modal insan yang berani dan mempunyai impian untuk menjadi juara.


TAGLINE SEKOLAH

Tagline Sekolah Kebangsaan Convent Muar “STRIDE WITH PRIDE”  bermaksud melangkah dengan bermaruah. Setiap warga sekolah perlulah menjaga nama baik dan imej sekolah ke mana sahaja mereka berada.



LENCANA SEKOLAH
          

Lencana Sekolah Kebangsaan Convent Muar


Lencana di sekolah-sekolah Infant Jesus adalah lencana antarabangsa yang digunakan oleh penuntut-penuntut lain di seluruh dunia, termasuklah penuntut-penuntut di Calfonia, Perancis, Peru, Italy, Singapura, Sepanyol, England, Ireland, Negara Thai, Jepun dan Malaysia. Simbol lencana ini digunakan semenjak abad yang lampau sehingga kini.

  • Bahagian tengah lencana berwarna merah dengan satu jaluran perak bertepikan emas.
  • Warna merah melambangkan kasih Tuhan yang menyelubungi seluruh dunia.
  • Di sebelah kanan adalah kitab suci kepada penganut agama Kristian. Ini adalah kitab injil. Al Quran kepada orang Islam. Bahgaradgita kepada agama Hindu dan Dharmapoda kepada penganut agama Budha.
  • Di mana-mana sahaja ajaran agama di atas didapati ia menjadi prinsip yang memandu penganut-penganutnya dalam prinsip yang pertama.
  • Manik-manik di bawah kitab suci pula mengingatkan kita bahawa kewajipan pertama terhadap Tuhan ialah menyembahnya.
  • Di sebelah kiri pada adalah tiang rahat dan gelendong. Ia adalah lambang kerja yang dilakukan.
  • Perisai yang di atasnya terletak Bintang Emas dikelilingi oleh sekalung bunga marguerite dengan cogan kata “TULUS DENGAN FADHILAT” “AZAM DENGAN BAKTI”. Bintang adalah satu cahaya gemilang yang memandu kita ke arah jalan yang benar yang berasakan Rukunegara.
  • Cogan kata kami mempunyai maksud yang mendalam. Ia membina makna jujur dalam kebajikan, iaitu berhadapan dengan Tuhan dengan penuh keyakinan dan kasih sayang. Ia juga bermakna amanah dan jujur terhadap orang lain supaya kita dapat hidup bersama dengan semangat kekeluargaan. Kejujuran ini berkehendakkan pengakuan kita tentang kesalahan-kesalahan kita sendiri dan usaha untuk menghapuskan sikap tamak dan mementingkan diri sendiri.
  • Tabah dalam kewajipan bererti menyedari bahawa kewajipan kita ialah berkhidmat untuk orang lain. Berkhidmat untuk orang lain memerlukan tenaga dan dedikasi kerana sumbangan kita diperlakukan pada setiap hari, setiap masa. Hanya apabila sesorang itu mengenepikan sikap mementingkan diri sendiri, barulah ketabahan dalam kewajipan ini dapat dicapai sepenuhnya. Khidmat bakti yang tiada batasan ini bermula daripada diri kita sendiri. Kalungan bunga marguerite ialah lambang kesucian dan kejujuran kepada Tuhan, jiran tertangga dan diri sendiri.


LAGU SEKOLAH

Lagu sekolah Sekolah Kebangsaan Convent Muar, dinyanyikan dalam Bahasa Inggeris.  Lagu ini juga adalah lagu yang dinyanyikan oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Convent dan Sekolah Menengah Convent sejak ia dicipta pada tahun 1933.


CONVENT SONG, OUR SONG


Through the school gates in the morning 
As the bell rings out for class 
All in blue and white you see us 
As in double file we pass.

As the years slip by in studies, 
Busy hours of work and play 
As we learn the greatest lessons 
How to live life’s little day.


CHOURS

Keep the school torch burning, 
Through the days of learning, 
Time is precious as the hours fly by so fast, 
Cheerfully obeying all together staying, 
One in spirit, one in heart, 
In our Convent School


Though the sun may not be shining 
There’s a hidden silver thread, 
If you turn the dark cloud inside out, 
You’ll find it in the end
In the search for truth and knowledge, 
Happy- hearted,light and free 
Strong in duty to our calling 
Loyal Convent girls we’ll be


CHOURS

Faithful to pattern set us, 
In the years that follow on, 
We’ll remember all the lessons 
Like a verse of some sweet song.

All the hours we spent together,
In the classroom, hall or field, 
And our hearts will turn as memories burn, 
Dear  Convent School to you.


No comments:

Post a Comment

Translate